MAHA Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia

Tema

TahunTema
1999Pertanian Menuju Ke Alaf Baru
2000Ke Arah Industri Pertanian Berdaya Saing
2002Transformasi Pertanian Berdaya Saing
2004Teknologi - Peneraju Pertanian Komersial
2006Pertanian Adalah Perniagaan
2008Pertanian Adalah Perniagaan
2010Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan
2012Pertanian Adalah Perniagaan
2014Agroteknologi - Pemangkin Transformasi
2016Makanan Kita, Masa Depan Kita

MAHA 2006

Dengan tema Pertanian Adalah Perniagaan, MAHA 2006 disertai 976 gerai pameran dengan 697 peserta tempatan mengambil bahagian.

Peserta dari Australia, New Zealand, Belgium, United Kingdom, Belanda, Kanada, China, India, Taiwan, Thailand dan Indonesia turut menyertai pameran enam hari itu.

MAHA 2006 merupakan penganjuran kali kelima sejak 1999.

Lebih 100 jenis orkid akan dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib .

Selain pameran, sebanyak 631 orkid turut dipertandingkan dalam pertandingan anjuran Persatuan Orkid Ipoh.

MAHA 2008

Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.

MAHA 2010

MAHA 2012

MAHA 2012 berlansung dari 23 November hingga 2 Disember. Pada MAHA kali ini, pihak penganjur mensasarkan seramai tiga juga pengunjung yang akan hadir.[1] Sasaran ini mungkin menjadi kenyataan dengan jumlah pengunjung yang hadri telah mencapai 1 juta pada hari ketiga ia berlansung.[2]